Muslimah's Boutique
Wednesday, 11 May 2011
Rangkaian Baju Muslimah's Boutique
Kat sini, saya nak buat promosi sket bagi para pembaca blog ini yang mungkin sekecil cuma.
Saya dan sahabat saya ada bukak pusat jualan baju muslimah secara online.
Terdapat pelbagai corak dan potongan baju yang menarik yang pasti membuatkan anda tertawan dan terus membuatkan anda bukak wallet anda dan terus membuat pembayaran untuk sehelai atau mungkin 3, 4 helai baju.
Ada baju untuk dewasa dan remaja dan stok baru yang akan tiba adalah untuk kanak-kanak. Seriously, design sangat menarik..Kualiti kain yang superb!
Friday, 15 April 2011
mengapa wanita wajib tutup aurat?
Perintah dari Allah swt.
Dia yang menciptakan kita, maka Dialah yang berhak mengatur segalanya. Janganlah kita terlalu banyak mempersoalkan perintah yang telah ditetapkanNya, meremehkannya dan membelakangi perintahNya. Setiap perkara yang ditegah ada hikmah disebaliknya. Firman Allah swt :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al- Baqarah 286)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)
* Setiap umat diutuskan Allah swt Rasul, untuk mengajak manusia ke jalan yang diredhaiNya, jalan yang membawa kebahagian dunia & akhirat. Semua para Rasul mengajak ke jalan yang sama iaitu (Menyembah Allah swt dan menjauhi perkara Taghut) mentaati segala suruhanNya, meninggalkan laranganNya.
* Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman sekalian supaya menutupnya. Ia tidak terkecuali seorangpun. Ianya wajib dilaksanakan. Janganlah kita meremehkannya, azab neraka itu sangat memedihkan.
* Hidup ini adalah nikmat yang diberi pinjam buat sementara waktu, padaNya jua kita akan pulang, mati itu bila-bila masa, jangan ditangguhi untuk balik bertaubat padaNya. laranganNya itu ada kebaikannya, supaya tidak mudah diganggu, menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Ia juga dapat memelihara diri dari terjebak dosa-dosa yang lain. Dia Maha mengetahui apa keperluan makhluk yang diciptaNya, yakinlah padaNya.
Renungilah Sabda Nabi saw yang bermaksud :
Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr Tarmizi)
peliharalah auratmu muslimah yang d rahmati Allah...
Auratmu adalah maruahmu....maka peliharalah ia sebaik mungkin kerana muslimah adalah satu ciptaan yang sangat indah n mulia di sisi-Nya. maka peliharalah.
Dirimu begitu berharga wahai muslimah...
Dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia
Pengaturcaraan Antaramuka Pengguna (DDC 3153)
cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"
Dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia
Pengaturcaraan Antaramuka Pengguna (DDC 3153)
Subscribe to:
Posts (Atom)